Parti Islam Se-Malaysia menganjurkan solat hajat perdana pada hari esok, selepas solat Jumaat di Masjid Negara.Solat hajat tersebut dianjurkan berikutan wabak penyakit Influeza H1N1 yang di lihat semakin serius di negara ini.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub memaklumkan perkara ini kira-kira jam 8.00 malam tadi.
sehubungan dengan itu beliau mengajak semua muslimin yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang sama-sama hadir dalam program solat hajat tersebut, dan sama-sama memohon kepada Allah menyelamatkan negara Malaysia daripada wabak tersebut.
Hari ini seorang lagi lelaki berumur 57 tahun di laporkan mati akibat wabak tersebut, menjadikan jumlah kematian seramai 14 orang sejak 2 minggu lalu. Jumlah keseluruhan ialah 1,492 kes termasuk 16 kes terbaru hari ini dan kematian tersebut.
Tiada tanda-tanda wabak ini akan berakhir walaupun pernah diumumkan ia semakin baik oleh pihak tertentu.
http://www.pas.org.my
Lelaki maut terjatuh residensi
5 hours ago
0 Komen :
Post a Comment