MUNGKIN tidak keterlaluan jika dikatakan 99.99 peratus rakyat Sabah tahu bahawa Michael Chia Tien Foh, Edmund Looh, Nasir Yeo dan John Nip antara individu paling rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman. Mustahil Musa Aman tidak kenal pada kroni sendiri terutama Michael Chia, semata-mata kerana Michael Chia terlibat dengan Skandal ‘Money Laundering’ di Hong Kong?.
Di dalam kem Badan Perhubungan UMNO Sabah, di kalangan para pemimpin nombor dua hinggalah ke bawah, cerita ini bukanlah rahsia lagi melainkan mereka buta IT atau tidak pernah membaca akhbar portal. Kalau baca akhbar arus perdana, susah mahu mencari nama Michael Chia dan rakannya. Semua pemimpin Sabah tahu cerita menarik tentang diri Datuk Seri Musa Aman dan kroni tetapi semua tutup mulut dan hanya berani menggunjing di belakang Musa kerana takut kedudukan mereka terancam sebagaimana nasib yang menimpa Tan sri Chong Kah Kiat dengan Dewi Laut Ma Tzu.
Bila suku Bajau Kota Belud sudah ribut-ribut tahu cerita Datuk Musa Aman, sibuk urus kayu balak kroni- kroni sahaja dengan tidak mengambil tahu pembangunan yang dijanjikan pada pilihanraya umum lalu di Kota Belud, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud merangkap Timban Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said pun meredakan keadaan dengan menasihati mereka agar tidak mendengar cerita kosong atau tuduhan tanpa bukti.
Bukan sahaja suku Bajau marah, tapi suku Berunai pun marah selama Datuk Musa jadi Ketua Menteri Sabah tidak ada apa apa pembangunan yang diberi di Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut walau pun sudah 43 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia.
Pengangguran banyak di daerah Papar, seperti Kimanis, Bongawan dan Membakut. Miskin tegar juga melambak tidak pernah diambil peduli. Nelayan, peladang dan penternakan tidak dipermodenkan sama seperti 43 tahun dahulu, kalau pun ada hanya segelintir dan tidak menyeluruh.
Dulu suku Berunai ada satu Menteri Penuh iaitu Datuk Rahim Ismail dan satu Pembantu Menteri iaitu Datuk Karim Bujang. Namun kedua-dua mereka digugurkan dari senarai ahli kabinet kerana tidak bersafahaman dengan cara Datuk Musa Aman mentadbirkan Kerajaan Sabah.
Di daerah Papar hingga Bongawan ada empat ADUN dan dua ahli Parlimen. Sepatutnya Datuk Musa mesti menjaga hati suku Brunei di daerah Papar dengan melantik sekurang-kurangnya seorang Menteri Penuh dan seorang Pembantu Menteri. Apa ruginya pada Datuk Musa kalau berbuat demikian? Kalau mahu menjaga UMNO supaya jadi kuat maka Datuk Musa Aman mesti melantik Datuk Rahim Ismail kembali ke dalam kabinet.
Para pengundi suka Datuk Rahim Ismail kerana pengalamannya dalam politik kerana beliau bukan orang baru dalam politik UMNO dan beliau juga sangat berpengaruh di kalangan suku kaum Brunei dan beliau ramai keluarga dari suku Dusun Papar. Jasa beliau di daerah Papar bukan sedikit dan ia tetap dikenang oleh rakyat daerah Papar.
Ada orang pernah bertanya dengan Datuk Rahim Ismail kenapa Datuk Seri Musa gugurkan beliau dari senarai kabinet, kata Rahim Ismail dalam bahasa Brunei;
"Malastah akuani ingau bekurapak kadi si Musa atu bah, semuamua kurapaknya saja banar, kitani bekurapak semuamua salah. Bisai lagi bah akuani jaga kawasan saja, jadi Mantri pun kalu disuruh mengangguk saja, kuhapa. Kambang liurku maliat muanya, eh mambari galibah".
Mengambil kesimpulan di atas, para pemimpin UMNO Sabah sendiri pun tidak cocok dengan cara Datuk Seri Musa Aman melayan Ahli-Ahli Yang Berhormat UMNO (melainkan menantunya, Datuk Ariffin Ariff) Di antara Yang Berhormat UMNO sendiri juga bukannya semua suka dengan Datuk Seri Musa Aman tapi apa boleh buat terpaksa taat pada pemimpin atasan, kerana pemimpin atasan sukakan Datuk Seri Musa Aman yang digelar “Pemimpin Beruang” (bahasa Indonesia), tetapi dalam bahasa Malaysia disebut sebagai ‘Pemimpin Berwang’ .
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN
http://www.sabahkini.net/v1/
31 August 2009
MUSA AMAN PEMIMPIN 'BERUANG'?
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
sabah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment