Sebut pasal kekosongan sesuatu kerusi DUN atau Parlimen, sekarang ini timbul berbagai persoalan yang agak mengelirukan rakyat. Dari dulu hinggalah kepada PRK 12 lalu, kita tidak mnghadapi banyak masalah kalau sebut pasal kekosongan kerusi didalam sesuatu DUN kerana amalan yang berlaku selama ini adalah speaker mngisytiharkan kerusi sesuatu DUN atau Parlimen kosong, maka SPR mengumumkan suatu PRK akan diadakan, termasuklah tarik mnamaan calon dan tarik mengundi dalam masa tidak lebih 60 hari dari kekosongan.
Tetapi mutakhir ini sejak selepas PRU 12 dan sejak krisis yang berlaku di Perak dimana speaker mengisytiharkan 3 kerusi DUN di Perak kosong kerana ADUN melompat parti dan telah menandatangani surat pelepasan jawatan ADUN , tetapi tidak diterima oleh SPR.
Kalau dulu SPR hanya tentukan tarikh PRK dan tarikh mengundi, tetapi selepas peristiwa di Perak, ketentuan kosong atau tidak kerusi ADUN itu tidak ditentukan oleh speaker lagi, tetapi oleh SPR.
Rakyat sudah mula pening, sebab siapa sebenarnya yang mengawal SPR sekarang, kalaulah benar analogi yang dibuat oleh banyak pihak bahawa SPR sudah lama menjadi komponen BN yang ke 16, tak tahulah ana , mungkin SPR boleh buktikan sebaliknya.
Sekarang ini timbul pula satu lagi kekeliruan didalam menentukan kosong atau tidak kerusi ADUN ,kalau di Perak SPR kata mereka saja yang boleh tentukan kekosongan sesebuah kerusi ADUN, apabila peritiwa di Kota Siputeh di Kedah, maka sekali lagi rakyat pening bila SPR kata mereka tidak boleh buat keputusan dan terserah kepada AG untuk menetukan kekosongan tersebut, walaupun didalam peraturan mesyuarat DUN Kedah jelas menyatakan jika sekira seseorang ADUN tidak hadir sidang 2 kali berturut-turut tanpa memberitahu speaker, ia 'mandatory' hendaklah mengosongkan kerusi tersebut.
Ana rasa seandainya ianya berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat kes macam ini, sudah tentu sebelum speaker beritahu SPR pun, awal-awal lagi mereka sudah isytiharkan kerusi tu kosong dan perlu dibuat PRK semula.
Sebagai orang baru dalam politik tanahair, ana memang cukup keliru dengan sikap SPR ini, sekali kata speaker yang menetukan kekosongan ,mereka hanya jalankan pilihanraya, lepas itu bila yang terkena BN, maka mereka kata speaker tiada kuasa dan hanya SPR yang berhak tentukan kekosongan, tetapi kini bila berlaku lagi dan terkena kepada BN sekali lagi, mereka membuat dalih pula mereka tak berhak tentukan, hanya AG saja yang berhak tentukan kosong ke tidak.
Maknanya kalau terkena mata, dipejamkan, kalau terkena perut dikempiskan dan kalau nampak bola nak masuk gol, tiang gol diubah dan dipinda. Lepas ni apalagi alasan yang hendak dibawa kita pun tak tahu.
oleh Dr M. Hayati Othman (MP Pendang)
23 August 2009
Kota Seputih - SPR Tidak Konsisten
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
kedah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment