BlogList Malaysia

10 August 2009

Kebenaran Akan Memenangkan Perjuangan Anwar

Mengenangkan betapa seriusnya pemerintah Indoensia memburu Noordin maka teringat kita kepada apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menerima tentangan dan kejian daripada kerajaan UBN di Malaysia. Kedudukan Anwar di Malaysia hampir sama dengan kedudukan Noordin Mat Top di Indonesia.

Cuma bezanya Noordin diburu kerana jenayah dilakukan, sebaliknya Anwar kerana dibimbangi pengaruh politiknya boleh mengugatkan kerajaan UBN. Kedua-dua tujuannya sama untuk menjaga kedudukan, kuasa dan kerajaan cuma atas kesalahan berbeza. Maka Anwar kena dihapuskan dari atas muka dunia ini seperti Noordin Mat Top.

Tindakan mendamagekan Anwar terus dijalankan. UBN meletakkan Anwar sebagai bahaya besar kepada mereka. Kesalahan dan tuduhan ke atas Anwar direka kemudian dicari bukti bagi mengenakan hukuman ke atasnya. Bukan saja terhadap kes yang sedang dihadapi kini – tuduhan liwat ke atas pembacuh kopi, tetapi kes-kes penganiayaan ke atasnya sebelum ini sudah terjawab dan terbukti bagaimana Anwar dianiaya dan dizalimi secara melampau.

Apapun Anwar masih ada kekuatan. Beliau mendapat keyakinan daripada rakyat marhaen. Seolah-olah segala kejahatan Anwar yang ditaja UBN tidak sedikit pun mengugat keyakinan rakyat kepada bekas TPM itu. Keyakinan dan sokongan itu bukan saja kerana Anwar bijak dalam bermain mata dan body language dengan rakyat tetapi mungkin kebenaran berada di pihaknya. Atas sifat kebenaran itu akan menghapuskan kebatilan maka itulah Anwar tetap disanjung dan diikuti selamanya.

Lakukanlah apa juga kejian, kecaman dan tuduhan ke atas Anwar, beliau akan menang selagi rakyat bersamanya. Siapa yang boleh menolak kuasa rakyat? Seperti Noordin Mat Top apapun kebecian dan tuduhan pemerintah Indonesia ke atasnya hatta mengajak seluruh dunia membencinya ia tidak akan berakhir kecualilah Noordin sudah menemui Tuhannya. Pun begitu perjuangan Noordin yang dibangunkan atas keyakinan dan kebenaran yang diyakini tidak akan mudah terhapus. Pemergian Noordin pasti akan diganti dengan ratusan Nordin yang lebih top lagi.

Demikian juga dengan Anwar, kalau tertakdir beliau terpenjara maka akan ada ribuan Anwar di luar penjara yang masih bebas dan bersemangat! Sesungguhnya semangat jihad berlandaskan kebenaran tidak boleh dimusnahkan walaupun dengan apa cara sekali pun.

diubahsuai dari mso

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas