BlogList Malaysia

19 August 2009

Kalau Betul, Buktikan.. Rakyat Bukannya Bodoh

Media Pro-Umno Dicabar Dedah Klip "Ahli Umno Tak Masuk Syurga"

Media arus perdana kendalian Umno-BN dicabar mengemukakan klip penuh ucapan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub berkata, Nik Aziz akan mengemukakan saman terhadap media yang gagal mengemukakan bukti berkenaan.

“Kami mencabar media-media khususnya pro Umno supaya mendedahkan sepenuhnya klip video yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga. Lain lah jika pihak terbabit dan pemimpin BN mahu jadikan Umno sebagai ikon kebencian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan Umno mengangkat Rohaizat Othman sebagai hero amat mendukacitakan, meskipun calon itu didapati pecah amanah wang milik Koperasi Pekebun Kecil Getah.

Katanya lagi, Rohaizat sendiri tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan kepada umum menafikan penglibatan beliau dalam isu berkenaan.

“Masalah beliau bayar semula setalah diajukan dengan desakan yang serius. Dia tidak pernah membuat satu kenyataan yang dia tidak pernah terlibat dalam isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggelarkan calon Umno sebagai ‘padi basah’ kerana tindakan pimpinan parti berkenaan ibarat menggunakan pendekatan tangkap muat memilih calon.-tva

1 Komen :

anakpahang ,  August 19, 2009 at 10:58 PM  

Puak-puak UMNOBN ni memang suka tunjuk sekerat-kerat .

Mau dia nak tunjuk clip ucapan itu dengan penuh.Nak mamposs jika itu didahulukan.Sebab itu bohong diutamakan.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas