BlogList Malaysia

15 August 2009

H1N1 - Dok Tunggu Apa lagi, Isytihar Darurat La..

Kabinet digesa mengisytiharkan darurat segera bagi membolehkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melakukan penyelidikan semua peringkat dan kawasan sebagai langkah membendung penularan wabak H1N1 semakin serius di negara ini.

Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye berkata, pengisytiharan darurat amat penting untuk memberi peluang MKN menjalankan koordinator, penyelidikan dan menguruskan penularan wabak selesema babi di negara ini meliputi semua bahagian, termasuk jabatan kerajaan dan swasta.

“Selain mengaktifkan Pelan Pelaksanaan Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Kebangsaan 2006, kerajaan perlu mengisytiharkan darurat segera memandangkan wabak ini merebak dengan lebih cepat dan menyebabkan peningkatan kadar kematian setiap hari yang membuatkan rakyat panik.

“Wabak selesema babi ini terlalu kritikal. Jika langkah keseluruhan menangani wabak ini tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh, saya percaya kematian akan terus meningkat dari masa ke semasa. Adakah kerajaan akan menunggu sehingga ribuan rakyat mati akibat selesema babi ini baru hendak bertindak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Boon Chye turut menyifatkan peningkatan kadar pesakit yang menghidap selesema babi disebabkan tidak dapat dikesan akibat tiada pemeriksaan terperinci pihak klinik dan hospital kerajaan terhadap pesakit yang mengadu menghidap demam.

“Jumlah kes sebenar adalah lebih tinggi daripada kes yang direkodkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia setiap hari memandangkan masih ada pesakit yang menghidap selesema babi yang mendapatkan rawatan namun dikatakan bebas daripada H1N1.

“Secara keseluruhan, sebenarnya kerajaan masih gagal dalam menangani penularan wabak selesema babi dari peringkat awal lagi kerana tidak berjaya menghalang kemasukan wabak tersebut ke negara ini di samping peningkatan jumlah yang: dijangkiti dan kematian setiap hari,” katanya.

:Beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, satu jawatankuasa khas membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu dibentuk segera bagi bekerjasama dalam usaha menangani wabak Influenza A (H1N1).

“Dengan mengetepikan fahaman politik masing-masing, idea kedua-dua parti itu boleh dikongsi bersama dalam menyelesaikan masalah negara yang membimbangkan rakyat ini.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas