Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu.
Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.
Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.
''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India.
''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading membidas Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu.
Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.
Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian.
Ezam berkata, sepatutnya amalan politik Anwar itu ditolak kerana ia telah menjadi penyebab kepada wujudnya banyak pihak khususnya bukan Melayu yang semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu.
''Anwar sebenarnya telah tersilap menafsir keadilan. Keadilan bukan kesamarataan tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu pada haknya,'' katanya.
Beliau berkata, satu lagi siri pengkhianatan Anwar adalah terhadap Islam apabila pemimpin pembangkang itu dengan jelas mahu memperkenalkan amalan kesamarataan di dalam PKR.
Katanya, amalan tersebut amat bertentangan dengan prinsip politik Rasulullah kerana di dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan.
''Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Maksudnya dalam apa jua keadaan sekalipun Islam mesti menjadi dominan. Islam wajib diutamakan berbanding perkara-perkara lain,'' katanya.
Beliau menambah, dalam prinsip politik Islam, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintah Islam tidak akan mendapat hak sama rata sebaliknya akan menerima hak mereka seperti mana dipersetujui.
Dalam pada itu Ezam berkata, kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat bukan bumiputera sebaliknya mereka memperoleh nikmat yang melimpah ruah jika dibandingkan dengan orang Melayu dan bumiputera.
''Ini merupakan satu fakta dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya amat berharap orang Cina, India dan sebagainya tidak mudah tertipu dengan permainan politik Anwar,'' jelasnya. - Utusan
Kesian budak ezam ni.. Makin meroyan.. Harap Muhyiddin cakap kat Najib bagi lah apa-apa jawatan dalam kabinet malaysia kat mat sesumpah nie.. pencacai angkat najis ke.. apa ke..
08 August 2009
Ezam Sesumpah Sanggup Jadi Saksi Utama
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
cilaka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
5 Komen :
Pooorah engkau Ezam
lebih baik percayakan biawak dari percaya engkau, lidah bercabang biawak nampak dimata tetapi cabang sepuluh engkau hanya specis engkau yang nampak.
Ezam kesimpulan yang dapat diambil ialah engkau lebih bahaya dari biawak.
Biawak pasir boleh dibuat ubat tetapi engkau ulat pun tak hendak.
Nampaknya makin meracau budak ezam ni wahai najib kau lantiklah si ezam ni sebagai pegawai 1malaysia mu
ezam kotak mmg dh lama meroyan dgn pkr,gila talak dgn Be End..kerajaan selngor..sila siasat harta/$ ezam yg trsmbunyi dlm kotak sjak dia mnjilat bontot2 org UMNgOk.
klu jmpa ulau dgn sangkotak..jgn pukui ulaq..ksian ulaq tu..ulaq tu tak patuk kita...rejam sampaimati itu sangkotak....
ezam ini pun diantara PG menyampah dan amat menyampah.
Post a Comment