Shahrir cabar Anwar saman mereka
JOHOR BAHARU: Anggota perwakilan Umno Johor Baharu yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".
Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan Umno Bahagian Johor Baharu dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.
"Mari kita bangun melaungkan 'Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa', supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undangundang menyaman kita semua, Umno Johor Baharu sanggup menghadapi tindakan saman itu," katanya di sini hari ini.
Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan Umno Johor Baharu bangun dan bersama-sama melaungkan ayat 'Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa'.
Shahrir berkata, Umno Johor Baharu bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua anggota Umno Johor Baharu selama ini.
Shahrir berkata, laungan dan desakan itu, adalah suara hati Umno Johor Baharu dan mereka tidak gentar menghadapi Anwar yang kini, sudah terpesong daripada semangat perjuangan orang Melayu.
"Kita tunjukkan pada pembangkang bahawa ahli Umno sanggup menghadapi mereka (pemimpin pembangkang) yang dilihat sewenang-wenang melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin parti dan ahli parti," kata Shahrir bekas menteri yang gagal itu.
09 August 2009
Anwar Pengkhianat -Laungan Talian Hayat Shahril Samad
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
gila talak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Apa cite pulak ni, dah heboh pulak cerita Anwar pengkhianat!!!! ni kerja UMNO nak pesongkan minda rakyat dr masalah besar negara.....bijak..bijak UMNO....tp org tak termakan la...sorry!!!
Yang dah nak terlungkup sengaja buat havoc cam tu semata-mata nak tempat balik dlm UMNO...ini politik kotor UMNO la
Post a Comment