BlogList Malaysia

08 August 2009

Anwar Ibrahim Memang Pengkhianat

Ya, memang benar Anwar Ibrahim seorang pengkhianat. Anwar pengkhianat UMNO !

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa rakyat ke jalanan untuk menentang kezaliman!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan orang-orang melayu betapa UMNO itu perompak khazanah negara dan penjual maruah bangsa!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berani menentang Mahathir sedangkan beliau masih mempunyai pilihan untuk menyusur arus perdana yang penuh kepincangan dan rasuah!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membongkar pelbagai rahsia pemimpin UMNO yang selama ini menyonglap hak milik rakyat.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa satu revolusi terhadap pemikiran bangsa melayu bahawa orang melayu takkan hilang di dunia walaupun tanpa UMNO.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup menongkah arus sewaktu menjadi orang nombor dua negara demi menjaga kepentingan rakyat maka beliau ditendang dan diaibkan!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup dipenjara dan di ISAkan demi usahanya membanteras rasuah oleh kepimpinan utama UMNO!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau bakal memulangkan harta rakyat yang telah menjadi mahligai-mahligai serta kekayaan pemimpin UMNO yang diluar batasan akal.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau akan mengheret pembunuh-pembunuh rakyat Malaysia yang disembunyikan oleh gerombolan UMNO.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghalang ramai pemimpin UMNO mencekik rakyat dengan projek-projek bersulam rasuah yang akhirnya merugikan harta kerajaan yang juga hak milik rakyat.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di bawah satu bumbung yang kukuh.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan bangsa Malaysia betapa kita harus bersatu menumbangkan UMNO yang penuh kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau mengorbankan usia emas beliau untuk berjuang bersama rakyat, berjuang demi kepentingan rakyat.

Anwar memang seorang pengkhianat, tetapi pengkhianatan beliau membawa seribu manfaat terhadap rakyat bawahan supaya bangkit menuntut keadilan demi sebuah negara yang mementingkan kebajikan rakyat.

Kesedaran tahun 1998 dan sub-klimexnya pada 2008 diterjemah dari pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap rejim UMNO. Ayuh bangkit menentang kezaliman ! Ayuh heret pemimpin rasuah ke medan pengadilan! Pengkhianatan yang membawa rahmat, yang menyedarkan umat!

Anwar Ibrahim, si pengkhianat UMNO!"

Oleh: edyesdotcom

4 Komen :

Anonymous ,  August 9, 2009 at 1:39 AM  

APAKAH ENGKAU INGAT AKU SETUJU
DGN KEZALIMAN?
APAKAH ENGKAU ANGGAP AKU TIDAK BERJUANG MENENTANG KEZALIMAN?
JANGAN2 DGN IZIN ALLAH AKU LEBIH MENENTANG.
CUMA JALAN & CARAKU BERLAINAN DGN CARAMU.
MUNGKIN CARAKU LEBIH BENAR DR CARAMU.
ENGKAU MELEPASKAN KEMARAHAN
SEDANGKAN ISLAM MENYURUH MENYEMBUNYIKAN KEMARAHAN.
AKU MARAHKAN DIRI SENDIRI,
KERANA DOSA2KU & ORG LAIN ADALAH
SEBAB ALLAH DATANGKAN PEMIMPIN
YG ZALIM. KERANA ITULAH AKU MELAWAN
KEZALIMAN DGN MEMBAIKI DIRI, MENEBUS DOSA, BERTAUBAT, SERTA
MENGAJAK PENGIKUT2 KU MELAKUKAN PERKARA YG SAMA.
AKU MENDOAKAN MEREKA YG ZALIM. BUKAN DGN MEMAKI HAMUN @ BERDEMONSTRASI. TIDAKKAH KAMU TAHU DIDALAM KITAB ADA MENYATAKAN BAHAWA
APABILA RAKYAT SUDAH JAHAT MAKA
ALLAH AKAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT.
ERTINYA ALLAH MENGHUKUM MEREKA DENGAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT & ZALIM. ERTINYA KEJAHATAN PEMIMPIN ITU ADALAH KERANA KEJAHATAN KITA. MUNGKIN CARAKU INI NAFSUMU TIDAK SETUJU. TETAPI JIWA
YG MURNI PASTI MENERIMANYA.
YG LEBIH BAIK IALAH BAIKILAH DIRI.
KALAU MAMPU NASIHAT, NASIHATLAH
DGN BAIK. DISAMPING DOAKAN MEREKA DGN KEBAIKAN. BUKANNYA MELEPASKAN
MARAH & GERAM. JGNLAH KEJAHATAN DIBALAS DGN KEJAHATAN. JGNLAH MEMBUAT DOSA DIATAS DOSA ORG LAIN.
JGNLAH DENDAM DIBALAS DGN DENDAM.
BIARLAH PENZALIM ITU MENGORBANKAN AKHLAKNYA.
TAPI KITA MENEGAKKAN AKHLAK.
NANTI ORG RAMAI AKAN MENILAI.
ALLAH & RASUL PASTI MENILAI.
BILA BUNGA DIRI ADA PD KITA, INSYA-ALLAH, RAKYAT AKAN MENOLAK MEREKA & MENERIMA KITA.
BEGITILAH CARANYA BERHADAPAN DGN
PENZALAIM.
MEMANG NAFSU & SYAITAN TIDAK BLH MENERIMA, TETAPI ORG YG MURNI
JIWANYA PASTI MENERIMA.

(SAJAK DIPETIK DR SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD-ORG YG PALING LAMA DLM "ISA" MALAYSIA)

dari rakyat untuk rakyat ,  August 9, 2009 at 1:57 AM  

..siapakah yg telah mengkhianati DSAI brmula dari september 1995...lawan tetap lawan pd org/parti/bajingan yg mengkhianati DSAI...

Unknown August 9, 2009 at 8:51 AM  

Anwar kalau tak kena pecat dia tak lah nak buat khianat macam ni betoi tak ...sebab nya dia ni gila kuasa, marah sebab sikit lagi nak jadi PM tapi tak dapat..sebab tu lah perangai dia lagu tu...Ayuh semua bangkit menentang pengkhianatan Anwar.....

Anonymous ,  August 10, 2009 at 9:26 AM  

Ya...aku setuju dgn pemikiran yang WARAS, bhw ANWAR lah yang telah membuka minda MELAYU seluas2nya spy menjadi bangsa yg mulia...DSAI lah yg membuka minda melayu dr terus diJAJAH oleh UMNO PENGKHIANAT!!!!...

Mereka amat takut kpd ANWAR..walau anwar tdk diberi peluang dlm media, namun anwar amat digeruni mereka....anwar lah org yg paling DIGERUNI olh UMNO/BN....

BRAVO DSAI...anda lah pemimpin sebenar....aku tetap menyokong anda walau apa yg terjadi....

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas