BlogList Malaysia

19 August 2009

Amacam Zahid.. Ada Berani?

Salahuddin cabar Zahid berdebat isu Rohaizat

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.

Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada Naib Presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan mengenai calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa Pas tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka."

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas pada 31 Julai lalus kerana sakit jantung. - Bernama

1 Komen :

anakpahang ,  August 19, 2009 at 4:11 PM  

Salam. PAS UNTUK SEMUA
Membangun Bersama Islam
Rakyat Menjadi Hakim bukan mahkamah UMNOBN!!!.

Mampukah pemimpin UMNOBN seperti Hj.zahid hamidi tu nak berdebat.Dalam sejarah perdebatan politik hanya manusia yang bernama sabry dari kemaman tu je yang sanggup(tak nak komen debatannya...malu!)

Mereka jaguh kampung,kita singkap balik baru-baru ini , orang yang menjadi ketua kepada orang muda UMNO juga tolak untuk berdebat.Dah banyak kali berlaku!!!!!

Mereka ini pengecut untuk mempertahankan hujah yang mereka war-warkan.

Malang sungguh rakyat Permatang Pasir jika memilih wakil mereka dari kalangan atau kumpulan pengecut dan hipokrit dalam PRK ini nanti.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas