KUALA LUMPUR : Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki hingga berlumuran darah, tersebar di internet.
Video tersebut merakam sekurang-kurangnya 10 lelaki, mengerumuni kereta dinaiki mangsa sebelum menariknya keluar dan memukulnya tanpa belas kasihan.
Keadilan Daily tidak dapat mengesahkan sama ada beberapa lelaki dalam video itu adalah anggota polis berpakaian preman ataupun orang awam. Manakala lokasi dan tarikh kejadian juga tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun rakaman itu jelas menunjukkan anggota polis beruniform di tempat kejadian tidak bertindak menghalang perbuatan itu, malah ada antaranya ikut sama memukul mangsa.
Dalam rakaman selama lima minit itu, seorang lelaki berbaju belang dilihat naik ke atas kereta dinaiki mangsa dan menghayun penukul besi ke arahnya.
Mangsa yang dipercayai suspek penjenayah kemudian diheret keluar daripada keretanya sebelum beberapa individu lain memukul bertubi-tubi dan menendang beliau.
Salah seorang lelaki berbaju batik pula dilihat cuba menghempas batu ke kepala lelaki tersebut, tetapi dihalang. Mangsa yang cedera, kemudian diheret ke arah kereta peronda polis berhampiran tempat kejadian.
Sementara itu, maklumat di Facebook menyatakan lelaki yang menggunakan penukul besi dalam video itu bukan anggota polis, sebaliknya anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Bagaimanapun, timbul persoalan mengapa beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak menghalang perbuatan itu.
Rakaman ini sekali lagi mencemar reputasi polis yang semakin buruk, ekoran salah laku anggotanya seperti memukul suspek penjenayah, kes tembakan rambang terhadap orang awam dan kematian dalam tahanan.
Terbaru, melibatkan seorang pengawal keselamatan, C Sugumar yang mati dalam satu kejadian di Hulu Langat 23 Januari lalu.
Antara kes lain termasuk kematian Chang Ching Te awal tahun ini, kematian A Kugan yang dipukul dalam balai polis pada 2009 dan kes remaja 14 tahun, Aminul Rasyid Amzah yang ditembak dalam satu kejadian di Shah Alam pada 2010.
Dipetik dari - http://www.keadilandaily.com
19 February 2013
Video lelaki dibelasah ‘polis’ guna tukul tersebar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment