Campur tangan Umno BN yang keterlaluan dan meluas dalam Kementerian Pertahanan merosakkan sistem dan tugas profesionalisme tentera, kata Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.
Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu, berkata masalah itu bukan baru, sebaliknya sudah membuak dari dulu lagi berikutan kerakusan pemimpin Umno.
“Campur tangan melampau hinggakan pegawai kerajaan susah untuk menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap golongan profesional.
“Ia berlaku secara berleluasa dan perlu diperbetulkan supaya mereka bebas berfikir, buat secara berilmu. Mereka ada pengalaman.
“Tapi orang politik yang duduk di kerusi menteri tak hargai kebolehan pegawai kerajaan,” katanya yang bimbang kerosakan itu menjahanamkan negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, 16 Februari lalu.
Turut berucap, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (Udara).
Menyedari ia serius dan tidak diatasi, beliau menyertai perjuangan Pakatan Rakyat demi membaiki kerosakan itu dengan melalui perubahan politik.
Memberi contoh, beliau dipanggil pihak atasan kerana membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan khutbah di Kem Tentera Desa Pahlawan, Bukit Cina, Kelantan.
“Anggota Kagat yang pernah ikuti kuliah Tok Guru di Madhad al-Muhammadi minta baca khutbah sebagai tanda hormat. Lagipun beliau Menteri Besar.
“Sebaliknya, orang atasan jadikan isu dan mempersoal tindakan Kagat benarkan Nik Aziz baca khutbah dan bersolat di kem tentera.
“Inilah cara berfikir yang rosak. Mereka fikir gunakan akal ketua bahagian Umno. Kita perlu keluar dari kepompong, buat perubahan,” katanya.-Keadilandaily
19 February 2013
Umno campur tangan dalam pentadbiran tentera – Brig Jen (B) Najmi
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
lompat parti
,
tentera
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment