BlogList Malaysia

17 February 2013

Kali Ini TV3 Tak Bohong..



Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.

“Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

“Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas