19 February 2013

Bendera Pas Dibakar Penyokong Umno

KEMPAS– Kira-kira jam 9:00 pagi tadi kejadian pertengkaran telah berlaku membabitkan penyokong PAS dan penyokong UMNO di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai Kempas Johor.

Penyokong PAS yang merupakan sekumpulan penduduk setempat telah merasa marah apabila tindakan provokasi penyokong UMNO yang juga penduduk setempat melakukan perbuatan kurang profesional dengan menanggal, menggoyak, membuang dan paling menyedihkan bendera tersebut telah dibakar hangus.


Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Kempas dengan menamakan Saifuddin bin Ismail (petugas UMNO yang taksub) sebagai tertuduh melakukan perbuatan yang cuba mencetuskan kekecohan di kalangan orang awam itu.

Pertengakaran bermula apabila tertuduh telah menanggalkan bendera yang telah dipasang dan membakar secara terang-terangan di hadapan umum. Tindakan tertuduh itu dilihat seperti sengaja dilakukan.

Kejadian tersebut disedari oleh penduduk tempatan lantas memaklumkan kepada petugas PAS yang juga penduduk tempatan di situ. Justeru halangan dari petugas PAS telah dilakukan hingga membawa kepada pertengkaran yang hampir membawa kepada pergaduhan.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Johor saudara Suhaizan Kaiat berkata, “politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud. Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang diwar-warkan oleh kerajaan Malaysia.”

“Jika pemasangan bendera ini dicemari dengan pergaduhan, ia dilihat seperti tidak menarik dan kemeriahan itu akan pudar. Tindakan tertuduh itu ditafsir sebagai tindakan khianat kepada harta milik parti PAS. Justeru pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada tertuduh dan pihak pemimpin politik khususnya dari UMNO harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka.”

Kejadian tersebut boleh dijadikan iktibar kepada kawasan-kawasan yang lain agar bertindak dengan lebih terbuka supaya sesebuah parti yang tertubuh di Malaysia ini agar lebih terbuka. Janganlah menjadi seperti sebuah parti yang tidak bertamadun serta ketinggalan dalam menyambut pendemokrasian yang ada di negara ini.

http://www.nusajayakini.com/2013/02/bendera-pas-dibakar-di-kempas.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas