Tiada sebab untuk tukar k'jaan, kata Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan BN telah membawa keamanan dan kesejahteraan untuk semua kaum di negara ini.
Justeru, katanya tiada sebab untuk menukar kerajaan pimpinan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di luar negara dan membandingkan dengan kehidupan yang mereka kecapi di negara ini.
"Kerajaan bagus, ekonomi baik, jadi kenapa nak tukar?," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Karak dekat Bentong, hari ini yang dihadiri lebih 30,000 orang.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri G. Palanivel.
Muhyiddin berkata rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang cuba memutarbelitkan pelbagai perkara untuk kepentingan politik sempit mereka.
"Negara kita sebenarnya telah menepati apa yang disebut dalam Al-Quran sebagai "baldatun tayyibatun warabun ghafur" yang bermaksud "negara yang baik dan diampuni Tuhan,"
Menurutnya kerajaan BN mampu dan berkeupayaan untuk terus memberi pelindungan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
Beliau berkata ini terbukti apabila pihak luar juga kagum dengan kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus tadbir negara dengan cekap selain memastikan masyarakat majmuk hidup dalam aman dan sejahtera.
"Ada yang berkata masyarakat majmuk di Malaysia yang berlainan agama, kaum dan budaya akan menghadapi krisis kaum sepanjang masa. Tapi kita ternyata mampu pastikan rakyat hidup aman dan sejahtera," katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan BN juga telah membawa pelbagai perubahan menerusi pelan transformasi nasional yang dilihat banyak memberi manafaat kepada rakyat.
Sebaliknya, pemimpin pembangkang sering membuat pelbagai dakwaan yang tidak berasas kepada kepimpinan kerajaan BN.
"Untuk itu, rakyat perlu menilai apa yang benar dan memilih parti yang benar-benar dapat menjamin kesejahteraan buat mereka," katanya.
- Bernama
12 January 2013
TERKINI #KL122 - Muhyiddin Dah Meroyan..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
himpunan kebangkitan rakyat
,
muhyiddin
,
stadium merdeka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment