3.13pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk "Di atas padang sejarah".
Sebelum mendeklamasikan sajak, A Samad memberitahu bahawa beliau memang ingin melihat lautan manusia.
Beliau turut meminta ribuan yang hadir di Stadium Merdeka hari ini untuk "ubah".
"Dalam hidup saya yang sudah berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan lihat lautan insan.
"Yang ini... Ubah sekarang," katanya.
3.04pm: Para peserta di dalam stadium bergilir-gilir bangun dan membuat gelombang ombak ketika Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Ubah".
3.00pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.
Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".
Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.
"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.
"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.
2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.
2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.
Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.
"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.
0 Komen :
Post a Comment