KUALA LUMPUR 4 Jan - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengingatkan rakyat Malaysia mengenai risiko yang perlu ditanggung jika memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya, Anwar akan melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa politiknya sehingga boleh membawa kepada kemusnahan negara.
Tambahnya, Anwar akan memastikan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya untuk merampas kembali kuasa waima terpaksa menggunakan cara jahat sekalipun, bahkan pegawai kerajaan akan diugut bagi menakutkan sesiapa yang cuba mengubah kembali kerajaan.
“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.
Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya di dalam entri terkini blognya, chedet.cc, semalam yang bertajuk ‘Perubahan’.
Dr. Mahathir juga meminta rakyat Malaysia agar membuka kembali lipatan sejarah ketika krisis ekonomi pada tahun 1997-1998 lalu serta melihat daripada konteks cara pentadbiran BN yang cemerlang sepanjang pemerintahan negara berbanding Anwar yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Entri sama turut membidas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menggunakan helah janji pilihanraya untuk menarik undi lantas menjadi ikutan parti pembangkang di Malaysia.
0 Komen :
Post a Comment