17 January 2013

PANAS - Fathu Bari Berkahwin Gadis Filipina Di Thailand?

Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlando.

Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathu Bari dengan Maria Joy Erlando itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikah itu.


Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan.

Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathu Bari (pemohon) dengan Maria Joy Erlando (responden).

Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim.

Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathu Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC.

Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. [wm.kl.1:41 am 17/01/2013]

Sumber - http://msomelayu.blogspot.com/2013/01/fathubari-berkahwin-muda.html



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas