BlogList Malaysia

14 January 2013

'Bawa anak ke himpunan langgar Akta Kanak-Kanak'.. - Khark Ptui...

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon kesal kerana kanak-kanak dibawa menyertai perhimpunan Shamsidar anjuran parti pembangkang Sabtu lepas.

Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pelindung anak-anak, bukannya mendedahkan mereka kepada bahaya dengan membawa mereka ke perhimpunan seperti itu kerana situasi boleh menjadi tidak terkawal, katanya.




"Ia menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001...kalau kita tengok anak dalam stroller, umur tak sampai setahun pun mereka bawa. Lagi satu anak-anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bas kepada Persatuan Rumah Kebajikan Rita, di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noriah berkata sebanyak RM400 juta diperuntuk tahun ini untuk program 1AZAM yang bertujuan menyediakan peluang pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah melalui pertanian, perniagaan kecil-kecilan dan pekerjaan.


Beliau berkata sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga akhir tahun lalu, seramai 100,934 peserta menyertai program itu melalui empat saluran iaitu AZAM Kerja, AZAM Tani, AZAM Niaga dan AZAM Khidmat.

Pemberian bas bernilai RM150,000 itu merupakan projek di bawah inisiatif Anjung Damai iaitu bagi menaik taraf, membaik pulih serta mempertingkat perkhidmatan rumah perlindungan.

Persatuan Orang Buta Kuala Selangor dan Bengkel Seri Sembilan, Negeri Sembilan masing-masing turut menerima van manakala Rumah Kanak-Kanak Taiping, Perak menerima bantuan baik pulih bangunan pada majlis itu.




- Bernama


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas