BlogList Malaysia

15 December 2012

Harussani Terima Anugerah 'Bintang Tertinggi Perkasa'

KUALA LUMPUR 15 Dis - Kira-kira 7000 orang membanjiri Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara pagi tadi bagi menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Tahunan Pribumi (PERKASA) Negara bagi kali ke-3.

Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali dalam ucapannya melahirkan rasa terharunya dengan kehadiran dan sokongan daripada para perwakilan seluruh negara.

"Semangat daya juang yang begitu tinggi. Saya terharu dengan hadirin," katanya lantas melakukan 'tunduk hormat' sebanyak 3 kali.



Perhimpunan PERKASA tahun ini membawakan tema, 'Hapuskan Petualang Negara'.

Menurut Ibrahim, ada pihak yang terus mempertikaikan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Malah, institusi Raja-Raja Melayu turut diperlekehkan.

Oleh yang demikian, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menyeru kepada seluruh ahli Perkasa agar memandang serius perkara-perkara yang melibatkan Agama, Bangsa dan Negara.

"Perkasa pertahan secara inklusif fasa 153 perlembagaan. Hak kerakyatan jika ada yang mempersoalkannya, Perkasa turut tentang.Ada pihak yang mahu cuba menyamakan Islam dengan agama lain. Ditambah dengan isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual),

Ini berlaku kerana Melayu berpecah-belah. Melayu sudah 'layu' dan lemah.Tetapi masih ada Melayu yang berani, semangat juang yang tinggi iaitu pejuang-pejuang
Perkasa seluruh negara,"tegas beliau.

Turut hadir, bekas Ketua Polis Negara yang juga merupakan pemegang tokoh Pahlawan Perkasa tahun lalu, Tan Sri Rahim Noor, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali serta Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Senator Datuk Solaimalai Nallakaruppan

Dalam majlis yang sama, Perkasa turut menganugerahkan 'Bintang Tertinggi Perkasa' kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan pertubuhan tersebut berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu.

Sebelum ini, Perkasa telah menganugerahkan beberapa lagi tokoh negara antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub.

Perhimpunan Tahunan Perkasa kali ini turut membawa usul dalam kerangka satu resolusi iaitu, Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas