02 December 2012

Hak tanah rakyat dikembalikan sebaik Johor ditawan – Anwar

BATU PAHAT 3 NOV: Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak rakyat Johor ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang sebaik negeri ini ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Anar Ibrahim.

“Insya-Allah sebaik tawan Johor, kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat diberi untuk pertahan hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena) betul. Memang sukar tapi kita kena buat.

“Yang diambil tanah orang kampung. Tak boleh ikut suka. Kena hormat proses. Satu kesilapan oleh pemerintah akan memudaratkan satu generasi,” katanya.


Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 15,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor, di Parit Saleh Ros, Batu Pahat, malam tadi.

Anwar antara lain merujuk isu bantahan penduduk Batu 5, Kampung Md Noor, dekat Seri Gading yang membantah kawasan perkampungan mereka dijadikan pusat pelupusan sampah.

Kampung itu menggemparkan negara berikutan pendedahan Suara Keadilan apabila majorit penduduknya keluar Umno kerana tertipu dengan janji wakil rakyat yang mahu kononnya mahu menyelesaikan masalah itu.

Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan pada 5 Mei lalu menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan kes.

Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai Kiri dan puluhan lagi.

“Dulu, orang Umno Johor kuat sokong saya. Tapi, adakah sokong untuk curi tanah? Sekarang siapa dapat? Syed Mokhtar yang banyak dapat. Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang dan lain-lain. Tidak ada orang lainkah?” kata Anwar.

Beliau juga kagum dengan kebangkitan rakyat di Johor berikutan sokongan sedemikian dulunya hanya berlaku di Kedah dan Kelantan yang sinonim dengan parti pembangkang.

“Kalau di Kedah, di Kelantan, ramai sebegini tak pelik. Tapi puluh ribu hadir di Johor. Johor apa dah jadi ni?

“Sebab apa? Sebab rakyat ada minat (terhadap Pakatan). Mereka menyatakan kegelisahan, kekecewaan dan harapan. Inilah yang dikatakan kebangkitan rakyat,” katanya.

http://www.keadilandaily.com/?p=40451


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas