BlogList Malaysia

21 December 2012

Bekas Ulama Umno Bidas Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR 21 Dis - Bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melayu, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa orang-orang UMNO adalah mungkar.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Aziz adalah satu tuduhan yang besar kerana tuduhan itu langsung tidak berasas kepada parti UMNO.


"Kalau Nik Aziz kata orang UMNO mungkar, sedangkan mereka tidak melakukan kemungkaran, dia seolah-olah memutarkan kenyataan itu kepada dirinya sendiri yang melakukan kemungkaran.

"Tuduhan berkenaan adalah sangat berat dan Nik Aziz tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum orang", katanya kepada wartawan KLPos ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, hari ini.

Beliau turut menasihati Nik Aziz supaya jangan menuduh dengan melulu terhadap parti tersebut dan tidak menjadi sebahagian daripada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan.

Selain itu, beliau pernah melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan di laman sosial Youtube bahawa Allah S.W.T tidak mempunyai hak keatas syurga dan neraka sedangkan syurga dan neraka itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

"Syurga dan neraka itu milik Allah S.W.T bukan itu sahaja malah seluruh alam sekitar adalah miliknya.

"Ketika hampir pilihan raya yang bakal tiba nanti, adakah Nik Aziz sudah memindah milik pemilikan mutlak Allah S.W.T?," katanya.

Bukan itu sahaja, bahkan menurutnya, Nik Aziz turut memberi kenyataan bahawa Allah S.W.T duduk bersila lendik di atas Arash ketika mentafsir surah Al-Rahman.

"Nik Aziz menggambarkan Allah S.W.T sebagai patung di tokong yang duduk bersila dan ini merupakan kesalahan besar Nik Aziz.

"Maksud sebenah surah itu adalah mengambarkan Allah S.W.T itu menguasai Arash dimana seluruh alam adalah miliknya," katanya.

Katanya, Nik Aziz telah melakukan kemungkaran yang besar sekiranya maksud Nik Aziz itu adalah menyamakan Allah S.W.T dengan makhluknya - klpos.com


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas