25 November 2012

Parah.. Ibrahim Katak Sudah Meracau

KUALA LUMPUR - Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini.

Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.

Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.


"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.

"Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang.

"Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini.

Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat.

Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan.

"Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang.

"Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas