13 November 2012

PANAS - Najib Bakal Tersingkir Sebelum PRU13

Seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendesak presiden Umno supaya membubarkan parlimen selewat-lewatnya 30 November ini, iaitu semasa perhimpunan agung parti itu atau berdepan dengan penentangan Umno besar-besaran di seluruh negara.

Telah jelas kebimbangan Najib Altantuya bahawa pilihanraya kali ini merupakan pertempuran paling getir Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan dari tangan British pada 1957.


Perkembangan terkini yang semakin tidak memihak BN ekoran beberapa pendedahan siri skandal membabitkan pemimpin Umno sendiri, bermula daripada cincin RM24 juta milik Rosmah Mansor, penyelewengan wang menternak lembu oleh keluarga Shahrizat Jalil, skandal membabitkan kemewahan luar biasa artis Zahida Rafik dari Shafie Apdal, kontrak sistem kawalan penerbangan membabitkan anak Jamaluddin Jarjis dan terbaru pemberian kontrak pemasangan sistem penguatkuasaan trafik AES milik anak bekas pemimpin Umno Johor.

Setiap kali Najib Altantuya berkira-kira mahu membubarkan parlimen, ada sahaja isu yang terkena kepada batang hidung Umno menyebabkan 'perancangan' yang sudah dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa ditangguhkan.

Puak Muhyiddin yang seakan tidak sabar terus menekan Najib Altantuya tidak kira apa juga risikonya mengenai peluang BN sendiri mempertahankan Putrajaya asalkan cita-cita bos mereka menggantikan Najib Altantuya tercapai.

Penampilan jelek pemimpin Umno memperlihatkan kemewahan melampau menyebabkan rakyat tertanya-tanya dari manakah sumber yang diperolehi bagi membiayai belanja hingga mencecah jutaan ringgit.

Sebab itu apabila ketua menteri Melaka, Ali Rustam mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang dianggar mencecah RM1.3 juta, rakyat terfikir dari mana datangnya wang bagi menampung kos tersebut sedangkan gaji dan elaunnya cuma kira-kira RM75 ribu sebulan?

Sehingga kini, laporan yang dibuat terhadap Ali Rustam oleh pemimpin Pakatan Rakyat terus dipeti sejukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maklumat terbaru yang diperolehi dari sumber yang rapat dengan pemimpin Umno Cheras mengatakan bahawa satu gerakan melobi supaya Najib Altantuya berdepan undi tidak percaya perwakilan sedang bergiat aktif di seluruh negara.

Kumpulan yang sama juga didakwa menyebarkan poster menuntut supaya Muhyddin menjadi perdana menteri di beberapa kawasan sekitar selatan dan barat Johor beberapa bulan lalu.


Difahamkan, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menggunakan Muhyiddin untuk menumbangkan Najib Altantuya yang semakin tertekan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang kini memasuki fasa akhir siasatan oleh dua hakim Perancis.

Kesempatan persidangan Umno yang dijadual berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini pasti akan diambil Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib Altantuya dan berjanji kepada perwakilan bahawa Umno akan diperkuatkan semula bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Kesannya terhadap Najib Altantuya sungguh besar, selain hilang jawatan sebagai perdana menteri, kekebalan (imuniti) terhadapnya sebagai ketua negara turut terlucut membolehkan tindakan pendakwaan terhadapnya diteruskan tanpa mengeluarkan waran tangkap berstatus merah melalui Interpol.

Saya tidak bercadang mendedahkan siapa dalang di sebalik gerakan ini buat masa sekarang tetapi cukuplah saya katakan kem Muhyiddin semakin agresif menggunakan jentera parti dan kerajaan bagi merealisasikan hasrat mereka.

Rata-rata di antara mereka merupakan bekas pengkagum Najib Altantuya yang kecewa dengan ketiadaan projek dan kontrak untuk mereka menyebabkan gerakan tersebut kini semakin besar dan mampu menggoncang seluruh tiang seri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jika didedahkan secara terpeinci.

Kini sama-samalah kita menunggu apa perkembangan selanjutnya seminggu dua lagi tetapi yang boleh saya simpulkan, Umno dan BN pasti akan menempuh zaman kegelapan (Dark Ages) seperti mana yang pernah dialami Eropah sebelum ketibaan era Reinassance awal abad ke-15.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-presiden-umno-bakal-tumbang.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas