02 November 2012

Notis Saman PKNS Terhadap Utusan Malaysia

UTUSAN MALAYSIA FITNAH, PKNS KEMUKA NOTIS TUNTUTAN

Nov 1 - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengemukakan notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan Cuit akhbar itu, Zaini Hassan berhubung penyiaran artikel berunsurkan fitnah terhadap perbadanan itu.

Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata artikel yang disiarkan dengan tajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” bertarikh 31 Oktober 2012 itu seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes yang tidak sah; terlibat dengan kesalahan jenayah; tidak jujur, korup dan tidak beretika.


Beliau berkata penyiaran artikel berkenaan juga memberi gambaran seolah-olah PKNS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor.

“Kenyataan yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul periksa dengan tujuan untuk menjatuhkan imej PKNS di mata umum,” katanya.

Justeru dengan penyiaran artikel berkenaan, PKNS menuntut Utusan Malaysia dan Zaini mengeluarkan artikel berkenaan dari siaran, mengemukakan permohonan maaf yang telah dipersetujui PKNS di akhbar atau media yang dipilih PKNS dan memberi akujanji untuk tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan seumpamanya.

“Selain tuntutan ganti rugi, PKNS tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang sekiranya maklumbalas yang diterima oleh pihak yang dituntut tidak memuaskan,” katanya.

www.kldailyblog.wordpress.com


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas