20 November 2012

Doa Pak Mat Supaya Allah Hancurkan Perompak..

Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk.

Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa;

"Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat.


Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak mat lalu berkata;

"Mana boleh doa macam tu, kami ni Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan.

Keesokkan harinya di TV3,


" Doa Pak Mat pecah belahkan Islam"

Idea asal: Malaysian gags - kedahlanie



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas