BlogList Malaysia

20 November 2012

Dakwaan Noh Omar Tidak Berasas Dan Mengelirukan

KENYATAAN MEDIA

Dakwaan Noh Omar Tidak Berasas Dan Mengelirukan

SHAH ALAM, 20 Nov : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM 150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu.


“PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat."

“Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat,” katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.

Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam.

“PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media,” katanya lagi.

- www.pkns.gov.my -



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas