BlogList Malaysia

09 October 2012

Skandal PKFZ - Mahathir Pertahan Liong Sik Tidak Bersalah

Dr Mahathir tiba di mahkamah pagi tadi. — Gambar oleh Choo Choy May 

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau percaya, Tun Dr Ling Liong Sik tidak mempunyai keupayaan menipu kerajaan, dalam mempertahankan sahabat dan bekas rakan sekerjanya yang sedang menghadapi perbicaraan kerana menipu kerajaan berkenaan dengan kos tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bekas perdana menteri memberitahu mahkamah bahawa “apa yang saya tahu, beliau (Dr Ling) adalah seorang yang jujur.”



Semalam, Dr Mahathir memberitahu mahkamah bahawa beliau atau mana-mana menteri tidak membuat laporan jenayah tentang Kabinet telah ditipu untuk meluluskan pembelian tanah untuk projek PKFZ.

Beliau juga menyatakan bahawa seorang anggota polis memberitahunya jika penyiasat mengambil kenyataan beliau terlebih dahulu, Dr Ling tidak akan didakwa dengan apa-apa jenayah.

Disoal oleh peguam Wong Kian Kheong hari ini, Dr Mahathir berulang kali menegaskan bahawa tiada menteri di bawah pemerintahannya pernah mengadu tentang harga yang dicadangkan sebanyak RM25 setiap kaki persegi bagi tanah PKFZ.

Ditanya jika dia Dr Ling “menyesatkan, menipu atau ditipu” beliau berhubung dengan kos tanah PKFZ, DR Mahathir menjawab: “Secara peribadi saya tidak fikir begitu.”

Wong: “Berapa lamakah anda telah mengenali tertuduh?”

Dr M: “Saya telah mengenali beliau sejak beliau dalam MCA sebelum beliau menjadi menteri.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-dr-ling-jujur-tidak-berupaya-menipu-kerajaan/



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas