BlogList Malaysia

22 October 2012

Najib celupar – Anwar

KUALA LUMPUR 22 Oktober: Najib Razak celupar kerana mencela prestasi kewangan negeri Pakatan Rakyat tanpa membaca Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib kata jika Malaysia di bawah Pakatan Rakyat, ekonomi akan lumpuh, saham jatuh. Kalau dia baca Laporan Ketua Audit Negara, dia takkan celupar,” kata Ketua Pembangkang itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau merujuk ucapan Perdana Menteri di Konvensyen MCA semalam menyatakan Malaysia tidak akan pulih selepas dihancurkan Pakatan Rakyat yang memerintah apabila diberi mandat selepas pilihan raya umum ke-13.

Anwar berkata, prestasi negeri Pakatan Rakyat yang dicatat dalam LKAN jauh lebih baik dari semua negeri ditadbir Barisan Nasional (BN).

“Pulau Pinang negeri paling cemerlang di Malaysia mencatat peningkatan hasil sebanyak 47%. Kelantan yang relatif miskin, yang tidak mendapat royalti minyak mencatat baki tunai RM123 juta, iaitu peningkatan 12%,” kata Anwar.

Sebaliknya jelas Anwar, prestasi teruk di negeri-negeri BN terbukti dalam LKAN 2011 dengan penurunan jumlah tunai di Perlis (15%), Johor (18%) dan Melaka (24%).

“Hutang kerajaan naik 71% dari RM266 bilion pada 2007 kepada RM456 bilion pada akhir 2011.

“Angka dan data disebut tentang surplus ini bukannya dalam pentadbiran terdahulu. Hanya ketika Pakatan Rakyat memerintah dalam tempoh empat tahun.

“Ini gambaran sebenar dari apa yang didakwa dan ditohmah dalam Konvensyen MCA. Siapa boleh nafi prestasi di negeri-negeri Pakatan?” soalnya.

“Saya tegur keras dan tegas kesilapan besar Menteri Kewangan yang bercakap tanpa merujuk LKAN, malah laporan oleh Kementerian Kewangan sendiri,” tegas Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38280




Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas