BlogList Malaysia

22 October 2012

Ibrahim Ali Pertahan Hak Soi Lek Untuk Hina Islam

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mempertahankan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang secara terbuka mengkritik pelaksanaan hukum hudud.

Ibrahim menyifatkan kritikan itu hanya satu sisi pandangan Chua dan menganggapnya sebagai ‘perbezaan pendapat’.

“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu.

“Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Khas Tahunan Selangor 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.



Sebaliknya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa DAP adalah punca kepada tercetusnya polemik sama ada hukum itu wajar dilaksanakan di negara ini.

Beliau berkata masalah tidak timbul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan kenyataan Chua kerana hukum itu masih belum dibuat, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali.

“MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP,” katanya.

Chua kebelakangan ini lantang mengkritik apabila meramalkan peluang pekerjaan 1.2 juta rakyat akan terjejas terutamanya di sektor perkhidmatan dan pelancongan sekiranya hukum hudud dilaksanakan.

Malah dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-59 hujung minggu lalu, beliau turut mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara tidak stabil, paling korup, dan tak selamat.

Selain itu, Chua juga melancarkan kempen anti hudud dengan membuat tafsiran secara sinikal bagi slogan DAP, Ubah ( Untuk(U) Bentuk (B) Agama(A) Hudud (H) serta Change (Choose (C) Hudud (H) At (A) Next (N) General (G) Election (E)).

Cadangan hukum hudud ditimbulkan PAS yang mahu ia dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, namun menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada masyarakat beragama Islam sahaja.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas