02 September 2012

Tindas rakyat, Umno dan penjajah British tiada bezanya

TANAH MERAH 2 Sept: Tidak ada bezanya penjajah dan pemerintah jika mereka menjadikan rakyat seperti hamba pada zaman penjajahan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution

Mengambil semangat nasionalis Kelantan, Tok Janggut, beliau berkata, pejuang kemerdekaan itu sanggup mengorbankan dirinya untuk membela nasib rakyat ditindas akibat kenaikan jenis cukai yang dikenakan penjajah British.

Dalam konteks hari ini, katanya, rakyat perlu ‘ajar’ pemerintah iaitu melalui pilihan raya bagi menamatkan penyelewengan, penipuan dan penindasan kerajaan Umno BN.


“Tok Janggut dianggap pemberontak dan memulakan perjuangan panjang menuntut kemerdekaan. Dia dibunuh dan digantung secara terbalik di Padang Merdeka untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak melawan.

“Rakyat halau penjajah British bukannya untuk angkat penjajah baru. Apa beza pemerintah hari ini dengan penjajah dulu, kalau teruskan penindasan?

“Semangat Tok Janggut adalah isyarat supaya pemerintah jangan sekali-kali bebankan hidup rakyat,” katanya pada ceramah Merdeka Rakyat di padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.

Memetik jawapan Parlimen, beliau menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengamal pembaziran apabila kos bil elektrik Seri Perdana, Putrajaya berjumlah RM12 juta manakala bil air RM 1.9 juta setahun.

“Inilah isunya. Pembaziran dan salah guna,” katanya yang turut mengingatkan rakyat Kelantan supaya menuntut kembali hak royalti minyak di negeri itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35248


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas