14 September 2012

Pilihan Raya Berasingan - SPR Sudah Mula Bercakap Bagi Pihak Umno/BN

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah.


Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut.

“Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja,” katanya dalam rancangan wawancara ‘Hello Malaysia’ oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Wawancara selama sejam, yang bertajuk ‘Isu Bubar Dun: Implikasi SPR’, dikendalikan oleh Sherkawi Jirim.

Wan Ahmad berkata selain itu, anggaran jumlah kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah kira-kira RM400 juta manakala pilihan raya negeri secara berasingan di negeri Selangor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM50 juta.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang perlu ingat bahawa mereka tidak sepatutnya berfikir untuk menang sahaja, tanpa memikirkan masalah kos, tenaga kerja serta kanak-kanak sekolah yang akan terganggu akibat proses pilihan raya yang terpaksa diadakan dua kali, katanya.

Beliau berkata selain itu, kempen pilihan raya yang diadakan dua kali juga akan mengganggu ketenteraman awam, yang mana kesesakan jalan berlaku dan polis terpaksa terpaksa dikerah ke lokasi berkempen bagi menjaga ketenteraman awam serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Sebelum ini empat kerajaan negeri yang di bawah pimpinan parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun)masing-masing.

Baru-baru ini, kerajaan Selangor, di bawah pimpinan gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya Dun serentak dengan pilihan raya umum.

Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata berkata kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar Dun serentak dengan pembubaran Parlimen.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata parti PAS berpendirian tidak akan membubarkan Dun secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran Dun akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu.

- Bernama



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas