BlogList Malaysia

12 September 2012

Kerajaan Persekutuan ‘Pembuli & Pengkhianat’terhadap Negeri Selangor

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR mengecam pihak kerajaan persekutuan kerana cuba berlagak sebagai‘pembuli dan samseng’ apabila ingin meneruskan agenda projek Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan Negeri Selangor.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa dengan tindakan kerajaan persekutuan yang telah membelakangkan kerajaan Negeri Selangor dan tanpa rasa malu telah mengeluarkan iklan tender bagi projek bernilai berbillion ringgit itu di laman sesawang Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November 2012.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional yang mendalangi pengkhianatan di dalam isu pembinaan Langat 2 ini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan ‘duit mudah' bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan bukan semata-mata membina loji ini untuk kepentingan rakyat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut melahirkan kekesalan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet berkenaan isu ini yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menunjukkan sikap dan akhlak seorang pemimpin yang tidak menghormati konsep federalisma dan bersikap khianat terhadap kepimpinan DYMM Sultan Selangor selaku pemerintah Negeri Selangor yang berdaulat.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menggesa kerajaan persekutuan menarik semula tender Langat 2 yang sudah diiklankan sebelum ini serta memanggil kerajaan Negeri Selangor di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut berkaitan dengan isu pembinaan Langat 2 ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga meminta kerajaan Negeri Selangor supaya mengambil sebarang langkah yang perlu bagi membalas pengkhianatan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan sekiranya mereka masih berdegil untuk meneruskan agenda pengkhianatan mereka ini.

USTAZ HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas