BlogList Malaysia

19 September 2012

Hina Islam - Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin..

Kebebasan Bukan Tiket Untuk Menghina Agama - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar nilai kebebasan Barat terutama di Amerika Syarikat (AS) disifatkannya sebagai gila kerana membolehkan seseorang menghina pihak lain termasuk agama yang diamalkan.

Kata beliau, kebebasan bersuara sepatutnya tidak membolehkan satu-satu pihak diberi lesen untuk menghina kerana jika ia berlaku, keadaan itu akan menyebabkan suasana tidak tenteram di antara negara, agama, kaum atau masyarakat awam di serata dunia.

"Kebebasan bersuara, ya, tetapi bukan kebebasan menghina. Sudah tentu tiada orang Asia suka dipanggil anak luar nikah walaupun ia merupakan gurauan.


"Kelihatan seperti masyarakat liberal Barat mempercayai bahawa kebebasan bersuara adalah lesen untuk mengutuk dan menghina orang lain tanpa batasan," katanya dalam entri bertajuk 'Kebebasan Bersuara' (Freedom of Expression) di http://chedet.cc hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengenai filem mengutuk Nabi Muhammad SAW, 'Innocence Of Muslims' dibuat atas nama kebebasan bersuara yang merupakan salah satu hak asasi di negara itu.

Penyebaran filem itu di YouTube telah menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sehingga menyaksikan Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dibunuh dalam satu tunjuk perasaan di kedutaan itu minggu lalu.

Dr. Mahathir menambah, nilai Barat bukan bersifat sejagat kerana masyarakat Asia mempunyai set kepercayaan serta nilai budaya tersendiri.

"Jika masyarakat Barat mempercayai kebebasan harus dinikmati semua pihak, ia seharusnya meliputi nilai budaya semua bangsa,'' katanya.

Justeru beliau menegaskan, kini tiba masanya untuk masyarakat Barat menilai kembali kepercayaan serta pemahaman mereka terhadap nilai kebebasan dan menghormati hak masyarakat lain.

"Jika tidak, berhenti bercakap tentang hak asasi manusia dan mempromosikan apa yang kononnya dipanggil hak. Anda tiada hak menetapkan nilai moral yang tinggi," katanya.


INI APA???




Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas