15 August 2012

Pelacur Ini Dapat Upah RM2 Juta

Mustapa menyampaikan habuan berjumlah RM2 juta kepada Abdullah.


KUALA LUMPUR 15 Ogos: Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah memperoleh habuan sebanyak RM2 juta kerana mengeluarkan fatwa haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP.

Beliau juga mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Malah, beliau turut menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.

Kenyataan Abdullah itu disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia 7 Ogos lalu.

Dalam laporan bertajuk ‘Haram, berdosa undi DAP’ itu, Abdullah berkata, DAP “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.”

Bagaimanapun, Abdullah mendakwa, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai “bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya”.

Laporan berkenaan turut menampilkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 1990 berhubung syarat yang dikemukakan pemimpin DAP, Karpal Singh supaya PAS menggugurkan niat untuk membentuk negara Islam sekiranya ingin bekerjasama dengan DAP.

Tidak sampai seminggu fatwa peliknya disiarkan akhbar kawalan Umno itu, Abdullah menerima sumbangan kerajaan bernilai RM2 juta.

Replika cek tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam satu majlis yang berlangsung semalam sambil disaksikan sekumpulan hadirin.

Merujuk foto yang dimuat naik dalam facebooknya, Mustafa menulis, majlis itu dihadiri sempena lawatannya ke pondok Abdullah untuk sampaikan sumbangan RM2 juta.

Tulis beliau lagi, empat bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat pondok itu dan berjanji akan menghulurkan bantuan.

Penjelasan Mustafa itu menerima banyak komen bantahan daripada pengguna facebook.

Antaranya, Ezzanee Has Upah berkata, sumbangan itu sebagai upah keluar fatwa DAP dan kafir harbi sekali.

Wang itu disumbangkan oleh Jawatankuasa Projek-Projek Khas (JPPK), Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

Pada cek itu tertera penyampaian kepada Tetuan Pondok An Najmiah, iaitu pengasas Pondok Geting di Tumpat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34610


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas