BlogList Malaysia

20 July 2012

Syabas akan naikkan tarif air hingga 70 %, Selangor perlu ambil alih

KUALA LUMPUR 20 Julai: Pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diusahakan kerajaan Selangor bertujuan mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus.

“Ia berbeza dengan cadangan Datuk Seri Noh Omar yang tawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta,” kata Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu juga menyifatkan air sebagai khazanah bumi yang tidak wajar dijadikan barang dagangan hingga membebankan rakyat.


“Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan Syabas kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender,” katanya.

Anwar merujuk usaha delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui pada 18 Julai lalu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena program ‘Wacana Pencerahan Bersama Dr Tariq Ramadan: Islam dan Reformasi Pemikiran Ummah’ di rumahnya malam tadi.

Pada 18 Julai lalu, delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bagi memaklumkan hasrat itu.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan solat hajat. Dr Tariq memulakan syarahan sebaik selesai solat Isyak dan tamat kira-kira pada jam 11 malam.

Turut hadir Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty; Pengerusi Islamic Rennaisance Front, Dr Farouk Musa, selain pimpinan parti, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33055


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas