04 July 2012

Samseng SEDAR Diberi Masa 7 Hari Untuk Mohon Maaf

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.

Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.


“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.

Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semalam selepas membuat laporan polis berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun lalu di hadapan Kota Darulnaim.

Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.

Katanya, pihak mereka datang lebih awal berbanding aktivis ‘R’.

“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.

“Saya juga mencabar MTRK turut menunjukkan saliran permit sebagaimana pihak kami kepada media dan R sebagai bukti mereka memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.

Nazri turut memberitahu pihaknya menyiapkan ‘bunting’ khas berhubung mereka yang dikehendaki kerana telah memukul lima orang aktivis ‘R’.

Setakat ini, katanya beliau mendapat maklum mereka yang terlibat telah melarikan diri.

Mereka yang menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.

http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/07/samseng-ada-masa-7-hari-sahaja.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas