BlogList Malaysia

19 July 2012

PRU bila-bila OK, tapi bukan musim haji

KOTA BHARU - “Buatlah bila-bila sekalipun, tetapi bukan bulan haji."

Demikian kenyataan Mursyidul Am, Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan September nanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sudah lama bersedia untuk mengadakan PRU dan hanya menunggu tarikh pembubaran Parlimen.


“Saya tidak apa-apa kalau pilihan raya nak diadakan pada bila-bila pun, kalau hendak buat esok (hari ini) pun tidak apa dengan syarat jangan pada bulan haji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Projek D’Perdana Sri Cemerlang di sini, semalam

Pada majlis itu juga seramai 60 warga miskin terpilih di bahagian Parlimen Kota Bharu mendapat sumbangan berupa wang tunai RM300 seorang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penganalisis Politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menyatakan tarikh terbaik mengadakan PRU13 pada September ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ketetapan tarikh pilihan raya itu tidak penting, sebaliknya perkara yang perlu dititik beratkan adalah memastikan kedaulatan Islam sentiasa terjamin selepas PRU13.

“Saya mahu asalkan selepas pada pilihan raya ini kedaulatan Islam benar-benar kita nampak seperti mana di Kelantan ini,” katanya.

- Sinar Harian


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas