26 July 2012

Panas!! Tuduhan Rasuah RM1.3 Juta, Setiausaha Politik MB Kedah Saman Blogger Umno

ALOR SETAR - Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melantik peguam untuk mengendalikan kes Fitnah mengaitkan dirinya dengan tuduhan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, sidang media bersama peguam akan diadakan Ahad ini untuk menjelaskan kepada umum perkembangan kes itu.

"Tunggulah dan kami akan memberi maklumat terkini mengenai dakwaan itu," katanya ketika dihubungi semalam.


Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya menyokong tindakan Muhammad Sanusi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui blog pro-Umno.

“Walau apa jua alasan, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.

“Tambahan pula beliau (Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah. Kita amat kesal dengan tuduhan berkenaan,” katanya.

Ahmad berkata, budaya fitnah-menfitnah tidak sepatutnya ada dalam mana-mana parti politik.

“Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita seharusnya bertimbang rasa, berkasih sayang serta tidak dicemari dengan unsur fitnah.

“Satu tindakan tegas sepatutnya dikenakan terhadap penfitnah yang menyebarkan perkara ini,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menafikan memanggil Muhammad Sanusi untuk siasatan kes rasuah bernilai RM1.3 juta.

Sementara Sinar Harian kelmarin, melaporkan Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan d an perangkap politik musuh, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.

Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM.

Berkaitan : Kenali Blogger @ Kaki Fitnah Umno Sobri Sudin aka Padi Jantan


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas