31 July 2012

Muhyiddin gadai keselamatan pelajar demi syarikat kroni

Gambar Hiasan
PASIR SALAK 31 Julai: Sekumpulan 335 penduduk Taman Pelangi, Langkap menandatangani petisyen bantahan pembinaan menara pemancar telekomunikasi dalam kawasan Sekolah Menengah Dato’ Sagor, Langkap.

Bantahan itu dibuat berikutan kebimbangan ibu bapa berhubung kesihatan anak-anak mereka yang bakal terjejas akibat kesan radiasi daripada alat pemancar tersebut.


Pembinaan pemancar ini bagi menjayakan program 4G Bestari Net yang melibatkan 10,000 sekolah seluruh negara.

Ketua Cabang KEADILAN Pasir Salak, Abdul Razak Ismail menuntut penjelasan Menteri Pelajaran kerana memperjudikan keselamatan pelajar demi syarikat kroni.

“Ingin penjelasan daripada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada menjadi polisi kementerian untuk mengadakan ‘joint venture’ dengan syarikat korporat swasta iaitu pihak YTL Corporation, pemilik menara tersebut dengan membenarkan syarikat berkenaan menggunakan kawasan sekolah untuk mendirikan menara-menara tersebut.

“Kita juga difahamkan menara tersebut akan berfungsi ‘dua guna’ iaitu selain dari ekses kepada internet untuk kegunaan sekolah ia turut digunakan sebagai pemancar komersial untuk telefon bimbit,” katanya pada kenyataan.

Abdul Razak berkata, Cabang Pasir Salak sedia untuk mengaturkan dialog antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik dengan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) bagi menyelesaikan masalah ini.

“KEADILAN Cabang Pasir Salak bersedia mengaturkan perjumpaan tersebut bagi membolehkan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan pihak PIBG untuk memberikan penerangan lanjut kepada penduduk setempat berhubung pembinaan menara tersebut.

“Sebagai Adun setempat, selain berbincang bagi mendapatkan persetujuan dari pengerusi PIBG sekolah berkenaan, beliau sepatutnya mengadakan satu sesi pertemuan melibatkan juga penduduk-penduduk terlibat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33686


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas