28 July 2012

Mangsa Kezaliman Polis Patut Saman Kerajaan


KUALA LUMPUR: Peserta Bersih 2.0 yang menjadi mangsa kezaliman polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) punya dua pilihan terbaik untuk menuntut bela, iaitu melalui proses mahkamah dan pilihan raya.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng berkata, tindakan itu bagi menyedarkan pemimpin kerajaan yang tidak tahu menghormati hak rakyat.


“Mangsa patut saman kerajaan kerana ia peluang terbaik untuk menuntut bela terhadap kepimpinan Umno, serta NGO dan polis yang terlibat bertempur dengan rakyat dalam himpunan 9 Julai lalu,” kata Jui Meng.

Tambahnya, keputusan mahkamah yang membatalkan pengharaman oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu memalukan kerajaan dan kementerian itu sendiri.

“Saya setuju dengan kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bahawa Hishammuddin adalah Menteri Dalam Negeri paling teruk dalam sejarah Malaysia, sebab beliau selalu buat tindakan sesuka hati,” katanya merujuk kenyataan Kit Siang berhubung isu komunis minggu lalu.

Mengulas lanjut, Jui Meng berkata, perkara asas kepada isu keganasan dalam himpunan Bersih ialah polis sendiri yang mengamalkan sikap berat sebelah dalam berdepan dengan kerajaan Umno dan Pembangkang.

“Sebab itu saya menyeru agar semua rakyat memberi sokongan pada gerakan reformasi yang ingin membebaskan institusi Persekutuan (kerajaan) termasuk polis yang selama ini dikawal kerajaan Umno,” katanya.

“Janji Pakatan Rakyat bila menang pilihan raya termasuklah mengubah institusi Persekutuan agar mereka dapat bertindak adil pada semua dan tidak perlu berasa takut pada kerajaan seperti yang berlaku sekarang,” tambah Jui Meng.

http://dialograkyat.blogspot.com/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas