BlogList Malaysia

28 July 2012

Lot Tanah Rezab Melayu Di Cherating Bertukar Tangan Kepada Bukan Melayu

KUANTAN, 28 Julai - Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga Lot Tanah Rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating. Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990. Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.

"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu. "Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu.


Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah lot 5233, 7058 dan 7059."Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," katanya lagi. Menurutnya, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak tertentu dalam parti kerajaan. Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku sebenarnya. Sumber

Kedudukan lot-lot 5233,7058 dan 7059 di Pantai Cherating yang kini sudah
bertukar tangan kepada bukan Melayu gara-gara angkara pemimpin Melayu

[Apa yang berlaku ini sebenarnya tidaklah pelik bagi rakyat Pahang kerana memang inilah kerja-kerja terkutuk yang gemar dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk mendapat habuan tertentu sejak sekian lama. Tanah Rezab Melayu Transit Kuarters ditengah bandar Kuantan yang sepatutnya dipertahankan itu pun kini sudah terjual ke tangan bukan Melayu. Tambah menyedihkan kebanyakkan tanah tersebut dijual kepada bukan Melayu dari negara jiran Singapura. UMNO sepatutnya membela tanah rezab Melayu tetapi merekalah yang beriya-iya mahu mendapat untung dengan menguruskan penjualan tanah-tanah berkenaan. Tambah menyedihkan perkara ini disedari oleh pemimpin UMNO, namun mereka hanya diamkan diri demi menjaga kepentingan politik masing-masing. Akhirnya, jika dibiarkan lama-lama negeri ini juga akan terus tergadai ke tangan asing. Inilah dia senario yang seringkali berlaku jika rakyat Pahang masih tidak mahu melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang].

Dipetik dari - http://pahangdaily.blogspot.com/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas