BlogList Malaysia

22 July 2012

Lanun Air Selangor Terkantoi.. Air Selangor Melimpah Ruah



Selangor dicabar tukar wakil di Syabas

21 Julai 2012

SHAH ALAM - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mencabar kerajaan Selangor menukar wakil mereka dalam pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana ia dilihat gagal menjelaskan kedudukan sebenar krisis air di negeri itu kepada Menteri Besar dan barisan Exconya.

Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, perkara itu perlu dibuat sebab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya masih tidak faham bahawa krisis yang sedang berlaku ialah kekurangan air terawat akibat permintaan tinggi dan bukannya kekurangan air sungai, lombong ataupun empangan.

"Meskipun kerajaan negeri mempunyai pegangan saham sebanyak 30 peratus serta wakil dalam pengurusan Syabas, Menteri Besar tidak faham mengenai sistem bagaimana proses air itu berjalan iaitu dari air mentah sehingga ke air terawat.

"Oleh yang demikian, daripada mengambil alih pengurusan Syabas, lebih baik mereka tukar dahulu wakil mereka di dalam syarikat itu," katanya kepada pemberita di pejabat GPRS di sini hari ini.

Sohaimi berkata kerajaan negeri perlu sedar bahawa loji rawatan air sedia ada tidak lagi mampu merawat kapasiti air terkini yang diperlukan pengguna dan hanya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dapat menyelesaikan masalah itu. (Nota : Loji Langat 2 adalah untuk mengepam air mentah dari Negeri Pahang dan dirawat di Selangor. Ini mengambarkan seolah-olah yang Negeri Selangor kekurangan air Mentah untuk dirawat., oleh itu air Negeri Pahang perlu dipam ke Negeri Selangor dan dirawat di Loji Langat 2. Tetapi hakikatnya dari fakta bergambar di atas terbukti Negeri Selangor tiada mengalami krisis air mentah untuk dirawat.)

Dalam pada itu, Sohaimi berkata, GPRS akan mengetuai 20 badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendengar taklimat mengenai isu air di Selangor di ibu pejabat Syabas di Kuala Lumpur pada Selasa. - Bernama



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas