BlogList Malaysia

23 June 2012

Tragedi Kenaikan Gaji SBPA Bakal Berulang Jika Sidek Hassan Kuasai Petronas..

Umno Cheras mahu Perdana Menteri mempertimbangkan semula pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Petronas.

“Jawatan pengerusi baru Petronas sepatutnya dipegang oleh golongan profesional dan tidak semestinya daripada bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

“Saya bimbang perlantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik,” kata Ketua bahagian, Datuk Syed Ali Alhabshee.


Katanya, ia bagi mengelak anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.

“Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik,” tegasnya.

`Marah dalam diam’

Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd. Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas.

Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas-bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istmewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syraikat milik kerajaan.

Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka ‘marah dalam diam’ sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Sudah tentu rakyat akan bertanya, mengapa pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara diberikan jawatan penting itu, ini memungkinkan timbuil pelbagai andaian,” ujarnya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas