Forum Air Selangor hari membuat kesimpulan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah memastikan bekalan air bersih di Lembah Klang mencukupi untuk rakyat Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan kepada pembentangan kertas kerja pada forum hari ini, pembinaan Langat 2 bukan jalan terbaik untuk meningkatkan kadar bekalan air bersih di Lembah Klang.
"Bagi memastikan bekalan air cukup, kita sepatutnya melihat kepada usaha yang lebih murah seperti mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), mengawal penggunaan air secara berhemah dan mencari sumber air lain seperi air hujan dan sumber air tanah serta rawatan air menggunakan teknologi membrane.
"Justeru, kerajaan negeri akan merujuk semula perkara ini kepada jawtankuasa penasihat air untuk berjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air untuk membincangkan agar penstrukturan boleh dilakukan seperti yang diinginkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.
"Jika menteri masih enggan, kita akan membawa perkara ini kepada rakyat untuk menyatakan usaha kita hanya akan berjaya jika kita memenangi Putrajaya dan serahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian," katanya pada sidang media selepas forum di sini.
Pengestrukturan semula perlu untuk membatalkan perjanjian konsesi yang berat sebelah terhadap konsesi yang dibenarkan menaikkan harga tarif hingga 52%.
Sementara itu, kerajaan negeri akan mengambil langkah seterusnya dalam mengurangkan kadar air tidak berhasil yang ketika ini sangat tinggi iaitu 33% dan telah meminta tiga syarikat untuk mengaudit operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Kerajaan negeri juga akan mengkaji cadangan menggunakan air tanah sebagai salah satu sumber alternatif air mentah. Walaubagaimanapun, sumber air tanah ini hanya mampu membekalkan 20% air mentah.
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Bibik pakai barang majikan buat video TikTok
6 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment