09 June 2012

Cemas Kerana Selangor Mampu Biayai Pelajar Punca Sekatan PTPTN Ditarik Balik

KUALA LUMPUR 8 Jun: Melihat kemampuan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah sekatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pengumuman Universiti Selangor (Unisel) mencairkan aset bagi membantu mahasiswanya, BN mula cemas dan mengubah taktik dengan menarik semula pembekuan pinjaman berkenaan.

Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, pada peringkat awal BN menjangkakan golongan mahasiswa yang terlibat akan cemas dan panik lalu menolak dasar pendidikan percuma dan mengangkat PTPTN sebagai tunjang yang membolehkan pendidikan tinggi berlangsung.


“AIC sebagai sebuah organisasi anak muda hari ini menyelar tindakan ‘flip-flop’ kerajaan Umno BN yang cuba bermain tarik tali dan berpolemik tentang pinjaman PTPTN kepada dua IPTS yang dinaungi kerajaan Selangor iaitu Unisel dan Kuis (Kolej Universiti Islam Selangor),” katanya dalam kenyataan segera.

Beliau berkata demikian mengulas penarikan semula PTPTN terhadap pembekuan pinjaman terhadap siswa di Unisel dan
Kuis hari ini.

Penarikan itu dipercayai ekoran kecemburuan Kerajaan Pusat terhadap pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim semalam bahawa Unisel akan mencairkan asetnya bagi membantu siswa meneruskan pengajian.

Aset itu merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam.

Menurut Khalid, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini dan sebahagian wang berkenaan akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniaya akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.

Tambah Saifuddin, AIC juga hairan bagaimana kerajaan yang menguruskan aspirasi rakyat dan pembinaan masa depan, bertindak dangkal dengan mengugut masa depan anak muda hanya kerana berbeza polisi dengan musuh politik.

“Seharusnya BN lebih ampuh untuk menegakkan dasar pendidikan mereka, bukan dengan membekukan pinjaman PTPTN dan membuat kenyataan dangkal malah tindakan itu adalah peluang Pakatan Rakyat melaksanakan pendidikan percuma,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin percaya zaman untuk menggunakan rakyat sebagai ‘tebusan’ politik telah berakhir.

“Saat ini AIC yakin lonjakan sokongan yang datang dari golongan atas pagar terhadap ketelusan Pakatan Rakyat telah meningkat pada satu tahap yang membanggakan. Riwayat pemerintah zalim bakal berakhir atas satu kesilapan yang mereka sengajakan,” katanya lagi.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas