20 June 2012

Bimbang Orang Tak Datang Kenduri, Bendera Umno Dicabut

SEORANG penduduk DUN Pasir Panjang yang diwakali Dato Seri Nizar Jamaluddin memberitahu saya tentang kejadian di Sungai Tiram, satu lokaliti di Dun itu yang mulai ramai didiami pendatang Indonesia.

Kampung itu ialah sekitar kewasan kelahiran isteri Dato Seri Zambry, Menteri Besar Perak. Ramai kerabatnya di situ.

Dalam haba pilihan raya yang entah bila itu jalan di Sungai Tiram itu penuh dipacak dengan bendera UMNO. Agaknya bendera Dacing. Penduduknya bercampur antara pengundi BN dan penyokong Pakatan Rakyat.


Ada satu kenduri kahwin di kampng itu baru-baru ini. Habis bendera UMNO berdekatan dengan tempat kenduri itu dicabut oleh Indon.

Jawab mereka, ‘Takut orang tak datang kenduri kahwin’ itu.

Tidak pula saya tanya orang yang kenduri itu penyokong mana-mana parti. Tetapi tidak pula mereka cabut semua bendera di sepanjang jalan kampung itu. Bendera yang berdekatan dengan tempat kenduri saja yang diturunkan.

Setengah pendatang di situ sudah biasa dengan penduduk sekitarnya.

Pemberitahu saya itu percaya ia adalah keprihatinan kaum pendatang itu sendiri. Berani pula mereka mencampuri urusan politik negara ini.

Mungkin pendatang yang bertambah di situ adalah orang-orang yang sudah atau baru didaftarkan sebagai pengundi. Menteri Besar tentulah mengenali penduduk kampung mertuanya itu dan dalam kepercayaan umum ramai pendatang yang diberi Mykad bagi melayakkan jadi pengundi, tidak mustahil suka kejadian seperti sebagai satu cara merampas negeri itu dari pengaruh pembangkang.

Yang menariknya ialah pendatang Indon itu cabut bendera UMNO supaya kenduri kahwin itu dihadiri oleh semua orang.

Ertinya pendatang-pendatang itu ada kesedaran politik.

Ada yang percaya warga pendatang Indon begitu berhati-hati dengan perkembangan politik di negara ini menjelang PRU 13 ini. Mereka seperti orang yang berjalan di jalan yang penuh duri. Berhati-hati supaya tidak terkena duri seperti sikap orang taqwa yang pernah disifatkan oleh Saidina Umar al-Khatab.

Antara orang Indonesia yang sudah dijadikan pengundi di Malaysia, mengikut pengamatan seorang penulis tetap Cina di Harakah menyebut antara mereka tidak tertarik untuk mengundi BN.

Sebabnya kerajaan BN tidak mampu memendung kenaikan barang dan keadaan ini akan bertambah parah apabila BN menang lagi. Perbelanjaan hidup yang sudah tinggi sekarang adalah pertahan - tidak turun dan tidak naik – sementara sampai hari mengundi.

Keadaan itu bertahan kerana menghadapi pilihan raya supaya tidak menyokong pembangkang. Tetapi apabila ia menang kembali, maka keadaan itu tidak dapat dikawal lagi.

Kebanyakan pendatang baik dari Indonesia mahu pun Bangladesh pendapatannya tidak banyak bertambah. Kerajaan BN sekarang mulai mengalih ke negara lain untuk mendapatkan pembantu rumah setelah Indonesia membekukan pengiriman tenaga pembantu rumah sehinggalah majikan bersetuju memberi RM700 sebulan.

Kerajaan UMNO mahu mencari tenaga kerja yang lebih murah.

Perbelanjaan sekarang tidak lagi dirasakan oleh pendatang betapa Malaysia lagi jadi syurga seperti dulu. Berbelas-belas tahun lalu ketika kos hidup belum tinggi, pendapatan setiap Indon dapat menghantar pulang perbelanjaan yang secukupkan kepada keluarga masing-masing.

Dengan perbelanjaan yang tinggi sekarang, buruh bangunan dan ladang sudah tidak dapat memberi sebanyak dulu kepada keluarga di desa mereka. Dan jika kenaikan yang diduga akan terjadi selepas pilihan raya nanti, maka jumlah yang dapat dikirim pulang bertambah susut sedang perbelanjaan mereka sendiri pun tidak mencukupi.

Tetapi Pakatan Rakyat menawarkan janji bagi menurunkan harga minyak dan gas yang menjadi punca kepada naik turunnya perbelanjaan hidup. Minyak turun akan diikuti dengan kawalan lain-lain harga barang.

Pakatan menjanjikan untuk memerangi rasuah. Rasuah inilah yang menyakitkan kehidupan mereka di Indonesia. Ialah yang menghalang kestabilan dalam semua perkara. Rasuiah inilah yang mulai merosakkan kehidupan di Malaysia. BN tidak mampu membendungnya.

Jika janji Pakatan itu dapat dilaksanakan, maka pendatang akan mereka mereka lebih terbela. Maka mengapa mereka tidak boleh mengundi Pakatan. Soal mereka dibayar untuk jadi pengundi dan mengundi adalah rezeki yang datang menggolek. Dengan undi rahsia itu tidak dijamin pengundi Indon akan memilih kehidupan yang lebih payah.

Sumber: indon-cabut-bendera-umno


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas