28 May 2012

UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?

Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan merusuh jika kalah?

Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak 1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO, MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.


Malah bila pembangkang menang lebih sedikit pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih menyalahkan orang lain.

Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?

Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.

Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.

Apakah minda mereka cukup dangkal untuk menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang, dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah ‘transformasi’ Najib, daripada demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.

Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi. Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita mahukan?

Belum kalah lagi, UMNO dan para pecacai sudah merusuh sana sini. Apatah lagi jika mereka kalah dalam PRU13 nanti. Apakah Najib bersama ‘panglima ludah’ dan ‘pembuat kek tahi’ akan mempertahankan Putrajaya ‘hingga ke titisan darah terakhir’?

Atau adakah Mahathir sudah memberi isyarat kepada UMNO dan para pecacai untuk menghuruharakan negara mulai sekarang kerana sedar tanda-tanda berakhirnya pemerintahan UMNO-BN semakin jelas?

Dipetik dari – Roketkini.com


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas