11 May 2012

Siasatan BERSIH 3.0 - UMNO Lebih Percaya Hanif Omar Berbanding PBB

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank William La Rue.

Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nalini E, berkata ia membuktikan kerajaan Malaysia tidak ikhlas menganggotai PBB sebaliknya sekadar mencari populariti.

“Ini tanggungjawab sebagai anggota PBB. Kita mesti benarkan. Mereka sudah pasti pakar dalam bidang tersendiri. Jadi Malaysia tidak perlu takut.


“Kita mahu siasatan sewajarnya dijalankan PBB sebab pandangannya bebas dan seimbang,” katanya selepas sidang media NGO Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini semalam.

Sebelum ini, La Rue, seorang peguam dari Guatemala menawar diri bagi menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau yang pernah dicalon sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel dianggap paling sesuai kerana dapat memberi penilaian tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

Mengulas lanjut kepada Keadilan Daily, Nalini menyifatkan keengganan kerajaan itu hanya menyerlahkan kezaliman pentadbiran diktator Umno BN.

“Apa salahnya? Tapi kerajaan Malaysia tidak mahu ambil tanggungjawab untuk memastikan situasi hak asasi manusia dalam keadaan baik.

“Bermakna Malaysia tiada kesungguhan untuk pulihkan demokrasi. Kerajaan mahu mengekalkan undang-undang yang tidak menghormati hak asasi,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyatakan tiada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sebaliknya, kerajaan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengetuai panel ‘bebas’ bagi menyiasat keganasan polis yang pernah diterajuinya.


P/s: Kalau pihak kerajaan tidak melakukan kesalahan, agensi kerajaan tidak terlibat dalam provokasi dan keganasan, mengapa Kerajaan BN takut dan tolak wakil PBB?

PBB bukan negara asing atau kuasa asing. Mengapa perlu takut?

dunia cacamarba


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas