BlogList Malaysia

16 May 2012

Puak Bodoh Mana Pulak Nak Buka Pasar Malam Depan Rumah Ambiga?

Kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi tumpuan lagi hari ini selepas dua demonstrasi dilakukan oleh kumpulan anti-BERSIH di kawasan tersebut sejak dalam tempoh seminggu.

Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan petang ini mendapati sekumpulan 10 orang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lima anggota polis hadir ke lokasi berkenaan petang ini untuk membuat kawalan.

Seorang penguatkuasa DBKL yang ditemui memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mendapat maklumat bahawa sekumpulan individu akan membuka gerai pasar malam di hadapan rumah peguam tersebut.


Bagaimanapun, tinjauan petang ini mendapati tiada sebarang tindakan seperti itu dijalankan oleh mana-mana kumpulan.

Sekumpulan peniaga mula mengadakan demonstrasi anti-BERSIH pada 10 Mei lalu dengan membuka gerai mereka dan menjaja burger di depan rumah Ambiga.

Tindakan itu diikuti dengan satu lagi demonstrasi oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu semalam yang mengadakan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman tersebut.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas